Followers

Wednesday 20 July 2011

Gelombang perjuangan meneruskan pengajian.. ♥♥

Alhamdulillah ya ALLAH..


aku syukur sgt3 kerana masih dberi peluang
utk smbung plajaran d peringkat yg lebih tinggi...
walau ng result yg x seberape spnjang tamhidi tuh (siyes nih) 
tp Dia masih berikan kite peluang utk meneruskan  
pejuangan yg x penah abes ni..


sebelum tu nk sgt kongsi sejute kerinduan ni ngan budak2 tamhidi lepas, especially to kuliah KTS 2..


i miss them sooo mac! knangan demi kenangan xpe nah ku lupe..byk manis dn pahitnye..byk jgak kngan spnjang sesi presentation kt dpan, nk2 tyme ngaja budak2 tyme kuliah physic miss ila..teringat jgak utk lakonan drama..debat bhasa arab..awwwww!~~ pengalaman ni byk mengajarku erti sebuah kehidupan..

dan skg alhmdulillah..keputusan utk kemasukan dgree da masukk..ramai yg da taw kot..aku dpat >>
BACHELOR IN ACTUARIAL SCIENCE AND RISK MANAGEMENT"
huh, dgr sal kos nih..sape yg x cuak..kos yg agk tough kot! sume kos blaja mmg susah.ramai yg cakap. 
BLAJAR BAGUS..KEJE BAGUS..GAJI PN MASYUUK..

tp seriously aku msih dlam dilema..sbb actuary bkan kos yg aku nk sgt sbenarnye..takut sgt x leh nk bawak! tp nie la rezeki yg Dia takdirkan..

bantulah ana ya Rabb..ramai jgak yg skong utk teruskan kos ni jep..ana hnye mampu mngadu padeNYA..



Kgkawan yg aku sayangi..

jauh dari sudut hati nie..kos arabics melayang2 lam pikiran..rase nk tukar fakulti, then amek bhsa arab..ni yg sejujur nye la..then setelah di bincang2..satu kos lagi yg terbang lam lam fikiran ni..>> information security and assurance..aku masih dalam dilemaaa..yer, kena bykkan istikharah..sbb DIA maha tau ape yg terbaek buat hambaNYA..

Duhai shbat seprjuangan ku..
" Berjuang itu memang pahit. Sebabnya? Kerana syurga itu manis. itulah jawapan yang paling tepat dan seringkali menjadi pencetus dan pendorong motivasi buat diri yang diuji dengan onak duri sebuah perjuangan.

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita.
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau siakan amanah berharga.
Subhanallah, sememangnya perjuangan merupakan satu amanah yang begitu berharga! Satu amanah dan tanggungjawab yang tidak sewajarnya dipandang enteng dan sambil lewa."



Sunday 10 July 2011

Aku insan yg lemah..bantu lah aku ya Rabb!


Sahabat, 
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.

Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.

Sahabat,
Aku lemah,

Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.

Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.

Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.

Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.

Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.

Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.

Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.

TOLONG BIMBINGKU KE JALAN ALLAH.....




Duhai ukhtiku sayang! 
jum kite same2 beringat tentang satu hal yg sering kite lupekan ini..


" LELAKI ITU SATU UJIAN BUAT SEORANG WANITA..
YANG BERTEKAD UTK HIJRAH KE JALAN ALLAH, 
KERANA ITU TETAPKANLAH HATI MU DARI TUNDUK DGN LELAKI 
YG SUKAKAN KAMU KERANA DUNIA..

INGATLAH DUHAI WANITA, LELAKI YG BERTAQWA 
TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENJADI PUNCA ENGKAU HILANG KEIMANANMU PADA AL-KHALIQ. 

MAKA JIKA KAU KECEWA KERANA CINTANYA LELAKI, 
MAKA LEBIH BAIK TERUSKAN HIDUPMU TANPA LELAKI
 YG CINTAKAN FATAMORGANA. 

NAMUN TIDAK SALAH  UNTUK BERCINTA 
KERANA PERASAAN ITU LUMRAH,
 TETAPI BIARLAH MENEPATI SYARIAT DAN BATASAN NYE "







Friday 8 July 2011

Salam ukhuwah sekencang dakwah!

Assalamualaikum! ♥ ♥ ♥


Syukur ke hadrat Ilahi terbukak jgak pintu hati ni utk tulis belog! 
at least x de ar borink sgt duk kt umah ni..uhuhuu.. 
For the first new post, really want to share sumting  to u all..
buat peringatan utk sumer kengkawan yg bergelar muslimah sperti ana..insan yg cukup lemah dn kerdil pd Nya..
tp sntiase utk cube kuat kan diri..berubah ke arah yg lebih baek! insyaALLAH mudah2an..  ♥ ♥ ♥


"♥ ♥  Jika mahu cintaku,
Carilah dahulu cinta Allah,
Jika mahu rinduku,
Rindulah dahulu Allah dan RasulNya..


Jika ikhlas dengan diriku,
Jauhkan diriku dari zina,
Terumanya zina hati,
Jika cintamu sejati untuk ku,
Cintailah aku kerana Allah…


Yakinlah,
Andai Allah tentukan aku milikmu,
Aku tetap milikmu,

Jika mahu sayangku,
Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku,
Jika sayang diriku,
Jauhilah aku sebelum masanya….

Jika pilihanmu adalah aku,
Pilihlah kerana agamaku…bukan yang lain..

Jika setiamu padaku,
Setialah kerana untuk mendapat keredhaan Allah,
Jika kamu mahu peliharaku,
Peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu…

Yakinlah,
Andai Allah tentukan aku bukan milikmu,
Itulah yang terbaik untukmu…

kuatkan hatimu sahabat,
jangan pernah mengalah.. 
♥ ♥ "




Tautan hati buat insan bername khalifah!

                                                     Bismillahirrahmaanirrahim.                                                                   
Ya Allah jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu 


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku 
pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....


Ya Allah ,jika aku
menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....


Ya Allah jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanaku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu....
Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...