Followers

Saturday, 6 August 2011

" RAMADHAN KAREEM.. "

Allah Allah Allah..syukran kathir fi hazihil ni'mah.. 

Dapat juge kite menyambut ramadhan kareem utk tahun ni!
 "Allahumma ballighna wa bariklana fi ramadhan". 


alhmdulilah duhai ikhwan dan akhawat sekalian!
 jum same2 kite pertingkatkan amalan di bulan yg penuh barakah ni,
  anggaplah ramadhan ni merupakan ramadhan yg terakhir buat kite..
nescaya kite akn semakin mengabdikan diri pdNYA..
sentiasalah berlumbe2 utk menambahkan amalan harian!
(solat sunat, tadarus, tilawah Quran, qiamullail, sedekah )
FASTABIQUL KHAIRAT insyaallah!~~

Di kesempatan ini, ingin sekali ana kongsikan
Fadhilat2 di bulan ramadhan~

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa- ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]

Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
Sabda Rasulullah;
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Doa yang makthur dari Rasulullah s.a.w. untuk dibaca ketika berbuka puasa akan kita nyatakan di depan nanti. Adapun doa lailatul-Qadar, maka diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; "Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; 'Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?' Jawab Rasulullah; 'Kamu bacalah doa;
اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku)." 
[Riwayat Imam at-Tirmizi]

Doa lailatul-Qadar ini ada baiknya kita membacanya pada setiap malam di bulan Ramadhan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya. Jika kita membacanya secara berselang, ada kemungkinan malam yang kita tidak membaca doa itu, malam tersebut merupakan malam al-Qadar. Maka akhirnya kita terluput dari mendapat kelebihan yang besar ini, walhal ia amat mudah diperolehi.
Menurut ulama', kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan lebih digalakkan lagi berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhir darinya (terutama yang ganjil). 
(rujuk; al-Asas fi at-Tafsir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar).
Di sni juge, rase nye tdak salah jika ingin dikongsikan sedikit tentang khasiat buah kurma yg merupakan makanan kegemaran baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w sntsa menjadikan buah kurma sbg mkanan di waktu bersahur dan berbuke.



Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
[Di riwayatkan oleh Aisyah]
Bahkan ibu-ibu mengandung sangat digalakkan untuk memakan buah kurma berdasarkan kisah Maryam.
Antara khasiat-khasiat kurma:-

Menguatkan daya ingatan.
    Mencegah penyakit barah.
    Menambah tenaga seksual.
    Mengatasi masalah insomnia.
    Melancarkan peredaran darah.
    Membunuh kuman dalam badan.
    Meredakan tekanan darah tinggi.
    Membantu mencergaskan minda.
    Merawat penyakit buah pinggang.
    Merangsang dan memudahkan kehamilan.
    Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
    Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...