Followers

Sunday 10 July 2011

Aku insan yg lemah..bantu lah aku ya Rabb!


Sahabat, 
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.

Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.

Sahabat,
Aku lemah,

Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.

Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.

Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.

Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.

Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.

Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.

Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.

TOLONG BIMBINGKU KE JALAN ALLAH.....




Duhai ukhtiku sayang! 
jum kite same2 beringat tentang satu hal yg sering kite lupekan ini..


" LELAKI ITU SATU UJIAN BUAT SEORANG WANITA..
YANG BERTEKAD UTK HIJRAH KE JALAN ALLAH, 
KERANA ITU TETAPKANLAH HATI MU DARI TUNDUK DGN LELAKI 
YG SUKAKAN KAMU KERANA DUNIA..

INGATLAH DUHAI WANITA, LELAKI YG BERTAQWA 
TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENJADI PUNCA ENGKAU HILANG KEIMANANMU PADA AL-KHALIQ. 

MAKA JIKA KAU KECEWA KERANA CINTANYA LELAKI, 
MAKA LEBIH BAIK TERUSKAN HIDUPMU TANPA LELAKI
 YG CINTAKAN FATAMORGANA. 

NAMUN TIDAK SALAH  UNTUK BERCINTA 
KERANA PERASAAN ITU LUMRAH,
 TETAPI BIARLAH MENEPATI SYARIAT DAN BATASAN NYE "







2 comments:

  1. alhamdulillah....
    biarlah kita bertemu dengan cinta yang
    membawa cinta yang lebih TULUS
    ameen

    ReplyDelete
  2. insyaallah..
    doakan cinta itu yg pertama dan hingga ke syurga ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...